ingatkan dia bab 1

Malam ini, aryana menangis lagi. Entah mengapa hatinya begitu sekali tersentuh dengan sikap Ghaz yang tidak mengendahkannya. Sudahlah dia p...

Malam ini, aryana menangis lagi. Entah mengapa hatinya begitu sekali tersentuh dengan sikap Ghaz yang tidak mengendahkannya. Sudahlah dia pulang dari kerja lewat, sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalahnya pada Aryana. Aryana pula sudah lali hendak bertanya, kerana setiap kali dia bertanya Ghaz hanya mendiamkan diri kalaupun ada jawapan selalunya sengaja mengundang kesabaran yang tinggi dari Aryana. Aryana tidak larat hendak bertengkar, tidak pernah sekalipun dia hendak bertekak cukuplah dia memendam perasaan. Dia tahu benar dengan sikap Ghaz yang tidak pernah peduli dengan perasaannya. Tiada gunanya apa yang ada dalam hatinya pada Ghaz.

Tersedu-sedu dia menahan tangisan dari didengari Ghaz dan anak-anaknya yang sedang lena tidur. Perlahan-lahan dia bangun dari katil dan keluar dari bilik. Dia perlu menarik nafas panjang-panjang. Itulah terapinya setiap kali dia menangis. Air matanya laju mengalir tanpa di tahan lagi. Dia tahu saat ini dia begitu lemah. Dia terduduk di sofa di ruang tamunya. Seperti biasa meratapi nasib dirinya yang diperlakukan sedemikian. Sudah penah dia memikir dimana silap dirinya. 8 tahun bersama seakan tiada ertinya bagi Ghaz. Dia diperlakukan seperti patung tak bernyawa dirumah itu. Ghaz hanya bercakap dengan anak-anak tetapi tidak dirinya.


Disaat ini, Aryana mula berfikir yang dirinya tidak diperlukan Ghaz. Mungkin juga Ghaz sudah ada orang lain. Mungkin juga orang itu lebih disayangi Ghaz berbanding dirinya. Orang itu lebih ghaz cintai dari dirinya. Ghaz disisinya hanyalah sebagai syarat mungkin kerana anak-anak. Dia menyisir rambutnya yang terurai ke belakang. Sungguh dia rasa sangat tertekan saat ini. Sungguh dia tidak punya sesiapa untuk mengadu perasaan. Dia Cuma memikirkan segala kemungkinan dan apa yang harus dilakukan nanti seandainya dia sememangnya tidak lagi ada dihati ghaz. Tiba-tiba tekaknya terasa pahit. 

apakah mimpi itu benar? Didalam mimpinya, Ghaz bersama dengan wanita lain yang lebih cantik dan menepati ciri-ciri wanita idaman Ghaz. Sejak mimpi itu hadir, Aryana memang tidak senang duduk. walaupun selama ini dia mengambil jalan 'tidak kesah' tapi itu tidak bermakna dia memang begitu. itu semua kerana sikap Ghaz yang selalu memarahi dan menengkingnya. Dia jadi kaku. Dia menyayangi Ghaz seadanya. Dialah orang yang paling gembira saat Ghaz melafazkan akad ketika menikahinya dahulu. dia tidak percaya lelaki idamannya kini menjadi suaminya. Ghaz segala-galanya bagi Aryana. segala-galanya begitu indah pada mulanya. Tetapi semuanya perlahan-lahan pudar.. dan kini mereka bagaikan orang asing yang duduk serumah. 

aryana bingung,,, hari ini begini laju airmatanya mengalir, Esok bagaimana pula ceritanya?

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images